Thursday, November 30, 2006

Kesungguhan Menulis


Baca blog orang memang seronok. Hari2 aku baca blog orang. tapi blog sendiri tak siap2. Baru ada dua posting sejak Februari lalu...astaghfirullah!!!! nak kata sibuk sangat tu tak juga...sebenarnya malas dan tak ada displin yang tinggi. itu kesimpulan yang aku buat. aku malas dan tak ada displin. so insya Allah hari ini aku cuba mula kan semula.....

Wednesday, April 12, 2006

12 Rabiul Awwal 1427

Kau Meminta Aku

Kau meminta aku mencintaimu
saat aku lengah dan lemah
kau meminta kau mengingatiku
sedang aku ingin bebas dan lepas
Tapi hari ini hari lahirmu yang keramat
aku ucap salam dan selawat
dan belajar mencintaimu, Muhammad (SAW)

12 Rabiul Awwal 1427
11 April 2006
(Sempena hari lahir Muhammad Nabi Junjungan SAW)

Monday, February 06, 2006

Salam!



Photo: Sunset at Mount Yong Yap, Perak Malaysia
30 January 2006
7,000 ft above sea level








Salam!

Or shall i say assalam-mu alaikom.....peace be upon you :-)

Salam!
Itulah ucapan pengenalan yang mudah
doa yang menyeru kerahmatan
tanda pengenalan
tanda ingin berkenalan
tanda hormat kenalan
tanda doa keamanan
tanda doa perpisahan
sunnah Nabi junjungan

Rehman Razak
7 Feb 2006
8 Muharram 1427